Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor kian agresif melaksanakan Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan bagi mengesan mana-mana pemandu dan kenderaan perdagangan yang melanggar peraturan lalu lintas. Minggu lalu, operasi tersebut dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk di sekitar Shah Alam, Jalan Meru Klang, Jalan Bukit Kemuning dan Tol Bukit Kajang.
Menerusi salah satu operasi yang dilaksanakan, JPJ Selangor telah menahan seorang warga Sri Lanka yang memandu bas kilang yang tamat tempoh sejak lima tahun. Penahanan suspek lelaki tersebut dilakukan ketika membawa 25 pekerja kilang warga Bangladesh dari Shah Alam ke Pandamaran, laporan Kosmo.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, hasil siasatan turut membongkar suspek berkenaan memandu bas tersebut sejak enam bulan lalu tanpa lesen memandu vokasional (PSV) dan lesen Memandu Kompeten (CDL).
“Soal siasat mendapati alasan lelaki warga asing itu memandu kerana disuruh majikannya. Bukan sahaja cukai jalan telah tamat tempoh malah pemeriksaan Puspakom juga telah tamat tempoh. Situasi ini boleh membahayakan penumpang dibawanya sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Menurutnya, 10 saman dikeluarkan ke atas kenderaan berkenaan membabitkan pelbagai kesalahan, antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans, pemeriksaan tamat tempoh, dan tiada lesen memandu yang sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat.
Selain itu, menerusi operasi yang sama, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap pemandu kenderaan perdagangan yang melanggar peraturan lalu lintas termasuk LKM tamat tempoh, tiada CDL dan GDL. Malah ada juga lori yang ditahan masih menggunakan tayar yang sudah berada dalam keadaan yang teruk.
JPJ Selangor sentiasa menjalankan pemantauan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pemandu serta pemilik kenderaan terbabit. Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan sebarang aduan kesalahan lalu lintas menerusi emel [email protected] atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan aduan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
#JPJ #Selangor #laksana #Ops #Gempur #Kenderaan #Perdaganganpemandu #bas #warga #Sri #Lanka #ditahan
Discover more from CRAFTD FOR LIFE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.